Berikut adalah beberapa tempat yang menarik di Terengganu :
1. Muzium Negeri Terengganu .
❖ Muzium Terengganu ini terletak di Bukit Losong, Kuala Terengganu.
❖ Muzium ini pernah dikategorikan sebagai Muzium Terbesar di Asia Tenggara, dan sekarang muzium dikategorikan pula sebagai Muzium Terbesar di Malaysia.
❖ Muzium ini mempamerkan pelbagai jenis barangan yang terdahulu, seperti Batu Bersurat yang asli, meriam, pakaian-pakaian pengantin tradisional dan banyak lagi.
❖ Muzium ini sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong terutamanya pada musim cuti sekolah.
❖ Di muzium ini terdapat perkhidmatan kereta api mini yang membawa pelawat-pelawat mengelilingi muzium ini tanpa perlu berjalan kaki.
❖ Di muzium ini juga sering diadakan pertandingan dan pertunjukan seperti pertunjukan ular, haiwan-haiwan berbisa, pertunjukan patung-patung dinosaur dan sebagainya.

2. Pasar Payang.
❖ Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang (kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasarbesar di Kuala Terengganu.
❖ Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular di kalangan pelancong yang datang ke Terengganu.
❖ Ia terletak berhampiran dengan Jeti Shahbandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.
❖ Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat, di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu dan di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan seperti, songket tenunan Melayu, batik Terengganu, pakaian-pakaian dan banyak lagi.
❖ Berdekatan dengan pasar payang ini terdapat sebuah lagi tempat yang dinamakan Bazar Warisan.

3. Masjid Tengku Tengah Zahara.
❖ Masjid Tengku Tengah Zahara atau Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama bonda Al-Marhun Sultan Terengganu, Sultan Mahmud Al Mukhtafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zahara binti Almarhum Tengku SeriSetia Raja.
❖ Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu.
❖ Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.
❖ Lokasi masjid ini adalah di Teluk Ibai, Kuala Terengganu.
❖ Dengan gabungan hiasan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China Selatan, pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang.
❖ Berdekatan dengan masjid ini terdapat sebuah tempat yang dinamakan ‘Terengganu Equestrian Resort’ , tempat ini merupakan tempat yang sentiasa dikunjungi oleh pelawat-pelawat yang datang ke Terengganu kerana tempat ini mempunya hotel sebagai tempat penginapan, kolam renang, tempat bermain bowling, badminton dan banyak lagi.

4. Pulau Duyong.
❖ Pulau Duyong merupakan sebuah pulau di muara Sungai Terengganu di negeri Terengganu, Malaysia.
❖ Dahulunya, ia terbahagi kepada Pulau Duyong Besar dan Pulau Duyong Kecil, tetapi pemendapan dan longgokan pasir telah menyatukannya dan juga merubah garis pantainya.
❖ Pulau Duyong ialah tempat yang sangat popular ketika pelancong-pelancong datang kerana Pulau Duyong merupakan tempat Piala Monsun dijalankan.
❖ Pulau Duyong dahulunya menjadi penginapan ulama terkenal Tok Syeikh Duyong(1802-1889), yang disegani istana dan juga rakyat, dan keturunannya, dan merupakan tempat pengajian agama, Kota Lama Duyong ialah peninggalan zaman itu.
❖ Di Pulau Duyong juga terdapat sebuah tempat yang dinamakan Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal terletak di situ.
❖ Masjid Kristal juga sangat terkenal dengan keunikannya dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini serta sesuai dijadikan tempat untuk dituju pada musim cuti sekolah.
❖ Oleh kerana bentuk geografinya dan keertian lokasinya dalam keilmuan agama, Pulau Duyong pernah dirujuk sebagai 'lidah Terengganu'.

5. Pantai Batu Burok.
❖ Pantai Batu Burok terletak di bahagian timur Kuala Terengganu.
❖ Jaraknya daripada Bandaraya Kuala Terengganu hanya 1 kilometer dan boleh sampai ke sana hanya dengan berjalan kaki.
❖ Pantai ini merupakan pantai yang terbersih dan terluas di Bandaraya Kuala Terengganu.
❖ Pantai ini sesuai dijadikan tempat untuk berkelah pada setiap hujung minggu bersama keluarga.
❖ Pada waktu petang, kanak-kanak boleh bermain bersama keluarga kerana di pantai ini terdapat taman permainan yang menyediakan papan gelongsor, jongkang-jongkit, buaian dan banyak lagi.
❖ Di Pantai Batu Burok juga terdapat kolam renang, tempat makan seperti KFC dan A&W.
❖ Pada musim cuti sekolah, ‘Fun Fair’ sering juga diadakan di Pantai Batu Burok.

6. Tasik Kenyir
❖ Tasik Kenyir yan terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara.
❖ Keluasan Tasik Kenyir adalah kira-kira 2,600 km persegi yang mengandungi 30 sungai dan 25 air terjun, 340 pulau kecil dan lebih kurang 25 spesies ikan yang dikenali di tasik buatan manusia ini.
❖ Terdapat 3 gua yang dijumpai di Tasik Kenyir ini:
- Gua Tok Bidan
- Gua Taat
- Gua Bewah
❖ Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri.
❖ Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya, ia siap dibina pada 1988.
❖ Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan, banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini.

7. Hutan Lipur Sekayu.
❖ Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali juga dengan Air Terjun Sekayu terletak di dalam kawasan hutan simpanan Hulu Terengganu Tambahan.
❖ Ia berada di dalam daerah Hulu Terengganu, Terengganu, 16 kilometer dari pekan Kuala Berang dan 56 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.
❖ Hutan lipur tersebut mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar.
❖ Pelbagai spesies tumbuhan dan pokok terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.
❖ Di sini juga terdapat infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan pihak berkuasa seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah dan denai dalam hutan (untuk rentas hutan).
❖ Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempesonakan yang merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam atau luar negeri.
❖ Kawasan ini boleh dicapai melalui persimpangan Ajil Lebuh Raya Pantai Timur.
❖ Air sungainya yang jernih dan sejuk membuatkan sesiapa sahaja tertarik apabila datang berkunjung ke sini.

8. Pulau Redang
❖ Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting.
❖ Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
❖ Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.
❖ Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia.
❖ Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai, antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.
❖ Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika atau Kuala Terengganu melalui Jeti Shahbandar dengan menggunakan feri.
❖ Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.