Pengenalan .
Daerah - Terengganu terbahagi kepada 7 daerah iaitu : Bandar-bandar utama di Terengganu adalah Bandaraya Kuala Terengganu (ibu negeri),Gong Badak Kuala Besut,Rantau Abang, Kuala Dungun dan Chukai.
Bendera - Latar belakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan Terengganu. Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Bulan bintang menunjukkan negeri Islam.
Geografi - Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak diantara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ). Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam negeri Terengganu dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikan daerah ketujuh di Negeri Terengganu. Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut adalah: Kuala Terengganu 60,654.3 hektar; Kemaman, 253,559.9 hektar; Dungun, 273,503.1 hektar; Marang, 66,654.3 hektar; Hulu Terengganu, 387,463.6 hektar, Setiu, 130,436.3 dan Besut, 123,367.8 hektar. Bandar-bandar utama di Terengganu adalah Bandar Kuala Terengganu (ibu negeri), Chukai,Dungun dan Jerteh.
Jata - Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah
Al-Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran.
Budaya - Masyarakat Melayu di Terengganu sememangnya kaya dengan budaya dan adat. Di Terengganu, terdapat beberapa jenis teater tradisional Melayu yang dikenali sebagai Rodat, Teater Nur Sakti dan Tarian Puali. Persembahan Makyong Kelantan dan Wayang Kulit Kelanta yang disampaikan dalam Bahasa Melayu loghat Kelantan boleh juga ditemui di Terengganu.
Pelancongan - Kawasan pelancongan di Terengganu terditi daripada alam semulajadinya seperti pulau-pulau dan gunung-ganang.
Pantai & pulau :Bukit & gunung :Lain-lain :
Tahun Melawat Terengganu 2008 pernah dilancarkan oleh kerajaan Negeri Terengganu yang diketuai oleh Menteri Besar Terengganu. Datuk Seri Idris Jusoh (Bekas Menteri Besar Terengganu). Ternyata Tahun Melawat Malaysia 2007 cukup berjaya dan mendorong kerajaan Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu menggunakan promosi yang sama.